Pelaburan Mana Lebih Baik Emas Perhiasan VS Jongkong Emas
Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh,
Hi semua.. semoga sihat sahaja ya.. 😊
Petang ini Saya nak share mengenai emas perhiasan atau jongkong emas lebih baik untuk jangka masa yang panjang..
Okay, sila baca dibawah ini ya ⬇️
🌼 Bagi pelaburan long term, mana yang lebih baik beli emas perhiasaan atau jongkong emas ?
1. Perlu diketahui bahawa emas perhiasan mempunyai kos upah tukang yang mana kadarnya boleh melebihi 20%.
2. Kos ini adalah kos hangus yang harus ditanggung oleh kita apabila menjual emas perhiasan kelak.
3. Berbeza pula dengan jongkong emas. Jongkong emas tidak mempunyai kos upah tukang.
4. Kadar susut nilai sekitar 6 - 10% sahaja jika emas itu dikeluarkan oleh Public Gold.
5. Syarikat atau kedai emas lain, saya tak berani nak ulas dan buat perbandingan. Kenalah rajin-rajin buat research.
6. Sebagai kesimpulan, semakin rendah kadar susut nilai, semakin besar potensi keuntungan kita menyimpan atau melabur emas.
7. Lagi satu, jangan lupa tentang emas yang digunakan oleh barang perhiasan ialah bermutu 916 sedangkan jongkong emas 999.9.
8. Selain kadar susut nilai (spread), ketulenan emas juga memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan sama ada kita mendapat keuntungan yang besar atau kecil kelak.
9. Pun begitu, memiliki emas perhiasan masih lagi dikira berbaloi kerana atas beberapa faktor. Yang ini saya kena terangkan nanti ya..
Semoga bermanfaat untuk anda semua
"Bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasulnya"
Comments
Post a Comment