5 Tip Asas Menyimpan Emas

5 Tip Asas Menyimpan Emas 


1) Letak matlamat yang jelas.

Contoh matlamat :

- Sebelum tahun 2022, nak simpan 40 gram emas bagi tujuan ibadah haji.

- Apabila umur anak sulung dah cecah 18 tahun, sekurang-kurang tersimpan 200 gram emas bagi kos pendidikannya.

2) Buat perancangan berdasarkan kewangan yang kita miliki. Kemampuan kewangan setiap orang berbeza-beza.

- Ada yang mampu simpan emas RM1000 setiap bulan, ada pula mampu 1 gram setiap bulan dan ada yang mampu RM100 sebulan.

- Buat perancangan mengikut kemampuan kita, bukan kemampuan orang lain.

3) Mulakan tindakan pertama sesegera yang boleh. Jangan tangguhkan benda yang baik kerana ia boleh melambatkan proses kejayaan kita di kemudian hari.

4) Sentiasa cari ilmu dan belajar daripada mereka yang berjaya yang ada di sekeliling kita. Bina 'circle' yang mampu membantu diri kita menyimpan emas.

5) Fokus dan konsisten menyimpan emas setiap bulan. Kerana di sinilah terletak kunci kejayaan bagi penabung emas yang mahukan matlamat (rujuk poin nombor 1) tercapai.

🌼 Ingat, mereka yang tak merancang apa-apa pada hari ini tak akan mendapat apa-apa pada hari esok.

🌼 Semoga 5 tip ini bermanfaat serta ada kebaikan buat mereka yang benar-benar mahu berubah dari sudut simpanan masa depan.

Nurul Fatin Anisa Roslan
Authorised Priority Dealer
PG00179616

🌼 t.me/logbookemas.com

Sedemikianlah; 
"Bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasulnya"

Comments

Popular posts from this blog

Apa perbezaan jongkong emas dengan dinar emas???

Cara Penukaran Introducer di Public Gold

925 SILVER AND GOLD JEWELLERY MALAYSIA