JENIS EMAS DAN KANDUNGANNYA

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh...

Tajuk kita hari ini ialah; 

JENIS EMAS DAN KANDUNGANNYA

🌼 Ramai yang tak tahu tentang purity emas yg dimiliki kan ?? 
🌼 Takpe, dibawah ni ada sedikit ilmu tentang purity jenis-jenis emas.. 

Selamat membaca ya 😎


1)🌟 Emas 999.9
•Mempunyai kandungan 99.99%
• Dikenali sebagai "fine gold" 
• Emas yang diproses dari sumber kitar semula emas-emas yang sedia ada dalam industri.
• Nilai yang lebih mahal dari emas 999
• Dikenali emas 24karat
• kebanyakkan berbentuk gold bar seperti "public gold" 


2)🌟 Emas 999 
• Mempunyai kandungan 99.9% Emas
• Di kenali juga sbg Emas 24karat
• Kebanyakkan berbentuk ‘gold bar’ dan digunakan untuk penghasilan barang kemas.

3)🌟 Emas 950
• Mempunyai kandungan 95.0% Emas.
• Di kenali juga sebagai Emas 23 Karat (23K)
• Emas Kelantan

4)🌟 Emas 916
• Mempunyai kandungan 91.6% Emas.
• Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
• Amat terkenal & popular di kalangan peminat Emas diseluruh Malaysia.

5)🌟 Emas 835
• Mempunyai kandungan 83.5% Emas.
• Di kenali juga sebagau Emas 20 Karat (20K)


6)🌟 Emas 750
• Mempunyai kandungan 75% Emas.
• Dikenali juga sebagai Paun @ Emas 18 Karat (18K)
• Kurang polular dikalangan pembeli Emas kerana mutunya

Sedemikianlah;

Semoga membawa manfaat kepada anda

"Bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasulnya"

Comments

Popular posts from this blog

Apa perbezaan jongkong emas dengan dinar emas???

Cara Penukaran Introducer di Public Gold

925 SILVER AND GOLD JEWELLERY MALAYSIA