Dekat mana dan Cara nak pajak atau jual emas
Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh semua...
πΌ Petang ni saya nak share dimana tempat yang paling bagus atau paling sesuai untuk kita jual atau pajak emas kita. Tak kira lah emas jongkong atau barang kemas.
πΌ Tempat terbaik untuk jual atau pajak emas ada 2 iaitu;
1) cawangan Public Gold
2) Ar-Rahnu (Mana2 ar-rahnu sama ada di pejabat pos atau bukan).
⬆️ 2 tempat ni sangat saya alu-alukan kalau nak pajak atau jual emas.
Kenapa?
1. Sebab kita dapat jual emas dengan spread(susut nilai emas) lebih kecil. Bila spread nipis, kita dapat jual dengan harga lebih tinggi berbanding jual di kedai2 emas yang lain.
2. Sebab kita dapat cagaran 80% daripada harga semasa. Masa nak pajak, kita dapat pinjaman 80% daripada harga emas semasa. Jadi dapat pinjam lebih banyak wang dapada cagaran emas kita.
3. Tempoh tebus balik adalah 6 bulan. Kalau masih tak sempat tebus dalam masa 6 bulan tersebut, boleh tambah lagi 6 bulan kedua. Bermaksud setahun untuk tebus balik emas kita yang ada di tempat pajak.
4. Kos upah simpan setiap bulan adalah nipis. Setiap bulan akan ada kos upah simpan emas yang kita pajak, jadi kosnya lebih murah berbanding kedai2 emas yang lain.
5. Urusan tak lama, dalam 15minit siap kalau goldbar. Tapi kalau barang kemas mungkin lama sikit sebab nak check ketulenan emas dan sebagainya.
6. Tempat yang selesa dan selamat.
πΌ Macam mana sekarang, jelas x?
Okay semua, Saya ceritakan sedikit cara nak pajak atau jual emas di kedua2 tempat tersebut. Baca tau, baru faham..
1. Bawa emas fizikal tersebut pergi ke salah satu tempat pajak(Cawangan PG atau Arrahnu). IC jangan lupa bawa sekali.
2. Bagi emas dekat staff untuk staff check sekejap.
3. Cakap tujuan(nak pajak atau nak jual) kepada staff. Nanti staff akan bagitau harga untuk jual atau pajak dapat berapa2 RM.
4. Persetujuan kita untuk Jual atau pajak.
5. Jika setuju staff akan procced borang untuk kita sign dan cop jari(Ar-Rahnu).
6. Selesai(Boleh bawa balik cash)
Mudah je kanπ
Iyee, memang sangat mudah pun. Jadi jangan ingat susah nak dapat cash bila kita simpan emas. Okey?
Simpan emas, nilainya naik dalam jangka masa panjang. Simpan duit, nilainya berkurang 2% setiap setahun. Anda pilih yang mana? Kalau saya pilih emas.
Kalau anda pun pilih emas, Jom saya bantu untuk mula simpan emas. Ada RM100 dah boleh mula simpan emas. InsyaAllahu π
Boleh wsap saya untuk mula simpan emas dan apa2 pertanyaan berkaitan dengan emas. Klik di sini Whatapps Rasmi
"Emas bernilai sepanjang zaman"
"Bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasulnya"
Comments
Post a Comment