GAP Monthly Standing Instruction

KEMPEN ARAHAN TETAP BULANAN BELI EMAS GAP


Kempen Arahan Tetap Bulanan Beli Emas GAP Public Gold

GAP Monthly Standing Instruction atau Kempen Arahan Tetap Bulanan Beli Emas GAP Public Gold adalah arahan tetap bulanan beli emas GAP melalui auto debit bank setiap bulan. Arahan belian emas GAP bulanan boleh dibuat secara online melalui perbankan online atau dengan mengunjungi bank. Arahan tetap bayaran setiap bulan boleh dilakukan sendiri dengan mudah dengan menetapkan nilai RM/bulan untuk transfer dari akaun bank sendiri ke akaun bank Public Gold, tetapkan tarikh pemindahan wang ke akaun bank Public Gold dan tetapkan tempoh bulanan yang dikehendaki. Minimum belian emas GAP ialah RM100 dan jika ditetapkan tarikh 25hb untuk pemotongan, maka setiap 25 hb wang dari akaun bank akan di’transfer’ dari akaun bank sendiri ke akaun bank Public Gold setiap bulan. Maka, belian emas RM100 akan ditukar kepada nilai harga emas GAP semasa Public Gold.


CARA BELI EMAS GAP MELALUI ARAHAN TETAP SETIAP BULAN

Cara beli emas GAP melalui arahan tetap bulanan dan seterusnya menyertai kempen GAP Monthly Standing Instruction Campaign untuk memenangi cabutan bertuah emas setiap bulan  :

1.Bukan Ahli Public Gold yang belum pernah beli emas Public Gold atau belum punya kod pg ahli perlu beli emas minima RM100 terus jadi ahli Public Gold dengan whatsapp 0138414906 Puan Anisa

2.Sudah Ahli Public Gold yang telah punya Kod PG ahli boleh mula buat arahan tetap bulanan GAP dengan mudah secara online yang hanya mengambil masa 2 minit seperti panduan di bawah :

A) Arahan Tetap Bulanan Maybank2u

Bagi pemilik akaun perbankan online maybank2u boleh buat arahan tetap bulanan (Monthly Standing Instruction) dengan mudah melalui komputer atau telefon bimbit yang hanya mengambil masa 2 minit seperti berikut :


Cara Mudah Beli Emas Tetap Bulanan

i). Login akaun Maybank2u dengan memasukkan username dan password maybank2u

ii). Pada menu sebelah atas klik PAY & TRANSFER

iii). Pilih butang TRANSFER dan transfer to pilih Other Accounts (Maybank and other banks) dan klik Maybank

Arahan Tetap Bulanan Maybank2u
Arahan Tetap Bulanan Maybank2u

iv). Tuliskan nombor akaun bank Maybank untuk Public Gold Marketing Sdn Bhd bernombor : 5571-3923-8048 atau 5071-3410-4563. Jumlah pemindahan atau transfer amount tuliskan jumlah wang mahu beli emas setiap bulan seperti RM200 dan sebagainya dengan minima belian emas GAP ialah RM100. Klik pada Set Recurring untuk pilihan tempoh auto debit. Tempoh auto debit, effective date boleh di setkan ikut kemahuan seperti tarikh permulaan (start) autodebit boleh tarikh dikehendaki hingga akhir (end). Set tempoh auto debit untuk tempoh 12 bulan untuk menyertai kempen GAP Monthly Standing Instruction Campaign Public Gold. Akhir sekali tuliskan kod PG ahli anda di ruang Recepient’s Reference dan seterusnya klik TRANSFER.

v). Seterusnya ambil gambar/printscreen atau upload resit yang ACCEPTED sebagai bukti pembelian emas arahan tetap dan resit di hantar ke whatsapp staf public gold berdekatan atau kepada saya 0138414906 untuk diproses. Resit bukti pembelian emas Arahan Tetap bulanan (Monthly Standing Instruction) hanya perlu di hantar sekali di permulaan untuk diproses pembelian dan penyertaan Kempen Arahan Tetap Bulanan Beli Emas GAP Public Gold.

B) Arahan Tetap Bulanan Cimb clicks atau bank lain.

Pengguna perbankan online lain boleh juga membuat arahan tetap bulanan dengan cara yang sama seperti Arahan Tetap Bulanan Maybank2u. Contoh bagi pemegang akaun cimb click perlu pilih scheduled Transfer seperti rajah di bawah.

Arahan Tetap Bulanan Cimbclicks
Arahan Tetap Bulanan Cimbclicks

Bagi ahli Public Gold yang tiada perbankan online, boleh juga melakukan arahan tetap bulanan dengan mengunjungi kaunter bank.

Arahan tetap bulanan beli emas GAP Public Gold adalah cara terbaik mengumpul tabungan emas setiap bulan secara otomatik. Pembelian emas dengan arahan tetap setiap bulan pastinya akan menambah aset harta tanpa disedari untuk pelaburan masa depan, dana pendidikan anak, dana bekalan kecemasan dan mengelak kebocoran wang. Bertindak segera melakukan arahan tetap bulanan pembelian emas gap sebagai pelindung kejatuhan wang akibat kenaikkan harga barang. Kenaikkan harga barang menyebabkan kos hidup meningkat kerana nilai wang jatuh mendadak, jadi tindakan terbaik adalah dengan menyimpan emas.

Comments

Popular posts from this blog

Apa perbezaan jongkong emas dengan dinar emas???

Cara Penukaran Introducer di Public Gold

925 SILVER AND GOLD JEWELLERY MALAYSIA