Posts

Showing posts from 2021

GAP Monthly Standing Instruction

Image
KEMPEN ARAHAN TETAP BULANAN BELI EMAS GAP Kempen Arahan Tetap Bulanan Beli Emas GAP Public Gold GAP Monthly Standing Instruction atau  Kempen Arahan Tetap Bulanan Beli Emas GAP Public Gold  adalah arahan tetap bulanan beli emas GAP melalui auto debit bank setiap bulan. Arahan belian emas GAP bulanan boleh dibuat secara online melalui perbankan online atau dengan mengunjungi bank. Arahan tetap bayaran setiap bulan boleh dilakukan sendiri dengan mudah dengan menetapkan nilai RM/bulan untuk transfer dari akaun bank sendiri ke akaun bank Public Gold, tetapkan tarikh pemindahan wang ke akaun bank Public Gold dan tetapkan tempoh bulanan yang dikehendaki. Minimum belian emas GAP ialah RM100 dan jika ditetapkan tarikh 25hb untuk pemotongan, maka setiap 25 hb wang dari akaun bank akan di’transfer’ dari akaun bank sendiri ke akaun bank Public Gold setiap bulan. Maka, belian emas RM100 akan ditukar kepada nilai harga emas GAP semasa Public Gold. CARA BELI EMAS GAP MELALUI ARA...

Zakat Emas yang anda mesti faham!

Image
ZAKAT EMAS “Anisa, apa syarat zakat emas? Boleh terangkan?” Penerangan Ringkas: Syarat wajib zakat emas yang tidak dipakai (jongkong dan dinar emas) mesti menepati dua perkara dibawah iaitu: 85 gram ke atas. Cukup haul setahun. Selagi mana tak menepati dua syarat wajib ini maka tak dikenakan zakat. Contoh 1: Abu beli 50 gram emas. Genap setahun, kena zakat tak? Jawapan: Tak, kerana kurang dari 85 gram. Contoh 2: Ali beli 100 gram emas. Kurang dari setahun, harga emas naik tinggi. Dia jualkan. Kena zakat tak? Jawapan: Tak, kerana kurang dari setahun. Contoh 3: Bakar beli 1000 gram emas. Genap setahun, kena zakat tak? Jawapan: Wajib bayar zakat kerana menepati kedua-dua syarat wajib. Bakar pergi ke baitulmal dan bayar 2.5% dari nilai semasa 1000 gram emas.   Kesimpulan: Tak perlu pun bawa emas ke baitulmal, cuma bagitau kaunter berapa gram emas dimiliki. Nanti mereka akan kira ikut nilaian baitulmal. Jangan pernah ada terfikir rugi jika bayar zakat. Ingatlah, ...

Pelaburan Perak: Naik 100% dalam masa 8 bulan. Fuh!

Image
“Jika anda rasa emas adalah yang terbaik, jangan buat kesimpulan terburu-buru sehingga anda membaca tentang perak. Sepertimana kata pemenang Nobel bernama Milton Friedman, “Logam monetari terunggul dalam sejarah ialah perak, bukannya emas.” Warren Edward Buffet (CEO Berkshire Hathaway) merupakan pelabur lagenda dunia. Beliau telah membeli sebanyak 129.7 juta auns jongkong perak pada tahun 1997. Saya masih ingat di saat semua rakan-rakan berteriak belilah emas, belilah emas mereka lupa tentang potensi perak sebagai pelaburan dan hilang minat ke arahnya sama sekali. Berikut saya sertakan SEBAB UTAMA perak sebagai satu lagi portfolio simpanan aset anda. Point 1: Nisbah Emas Perak  Contoh: Jika Emas bernilai $1,000 seauns dan perak pula $20 seauns, nisbah tersebut adalah 50 kepada 1. Ini bermakna harga emas adalah 50 kali ganda berbanding harga perak. Bagi 2,000 tahun pertama purata nisbah emas perak adalah 15 berbanding 1, ada sesetengah buku pula mengatakan 12 berbanding...