Cek baki bank jap laa.. Okayke tabiat ni??

Tabiat kurang baik yang selalu orang buat ialah selalu menyemak jumlah simpanan sedia ada.

Dulu saya selalu juga buat benda yang sama. Semak jumlah simpanan dalam akaun semasa, asb atau tabung haji. 

Dengan andaian bila tengok digit-digit nombor dalam akaun tu membuatkan saya bertambah motivasi untuk menyimpan.

Tetapi sebaliknya apa yang berlaku. Semakin lama saya lihat digit-digit nombor dalam buku simpanan saya semakin tak senang hati dibuatnya.

Digit-digit nombor tu membuatkan saya semakin teringat-ingat jumlah simpanan saya. 

Kadang-kadang tak semena-mena terfikir nak beli macam-macam. Paling bahaya kalau nak tukar handbag baru, baju baru, make up baru.  Sekarangkan zaman gajet, Klik Klik je.. 😅 cepat dan mudah .. 


Aduh! bahaya betul. Godaan berbelanja lebih kuat bila kita rasa berduit.

Kalau tak ada duit saya mula korek RM50, RM100. Cakap dalam hati;

"Alah RM50 jer ... RM100 jer. Tak luak pun. Ada lagi tu." 


Lama kelamaan tanpa saya sedar, jumlah simpanan saya semakin lama semakin menyusut. 

Pesan guru saya.
"Semakin kerap kita lihat jumlah simpanan kita semakin cepat simpanan tu habis."

Baru saya tahu, menyemak duit dalam akaun simpanan bukanlah membuatkan saya bertambah bermotivasi untuk menyimpan tetapi menambahkan lagi risiko duit tu bocor tanpa sedar.

Berbeza bila menyimpan emas, saya tak pun tahu berapa jumlah simpanan saya. 

Yang saya tahu, setiap bulan beli 1 gram. Dapat bonus beli 1gram. Yang saya tahu berapa keping emas saya dah simpan.

Nak tahu berapa saya ada, bila nak bayar zakat. Kadang-kadang menyimpan emas ini membuat kita terkejut, sedar-sedar dah ada RM10k dalam bentuk emas.

Itulah keuntungan menyimpan emas.

Sedemikian..

"Bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasulnya"

Comments

Popular posts from this blog

Apa perbezaan jongkong emas dengan dinar emas???

Cara Penukaran Introducer di Public Gold

925 SILVER AND GOLD JEWELLERY MALAYSIA