Cek baki bank jap laa.. Okayke tabiat ni??
Tabiat kurang baik yang selalu orang buat ialah selalu menyemak jumlah simpanan sedia ada. Dulu saya selalu juga buat benda yang sama. Semak jumlah simpanan dalam akaun semasa, asb atau tabung haji. Dengan andaian bila tengok digit-digit nombor dalam akaun tu membuatkan saya bertambah motivasi untuk menyimpan. Tetapi sebaliknya apa yang berlaku. Semakin lama saya lihat digit-digit nombor dalam buku simpanan saya semakin tak senang hati dibuatnya. Digit-digit nombor tu membuatkan saya semakin teringat-ingat jumlah simpanan saya. Kadang-kadang tak semena-mena terfikir nak beli macam-macam. Paling bahaya kalau nak tukar handbag baru, baju baru, make up baru. Sekarangkan zaman gajet, Klik Klik je.. 😅 cepat dan mudah .. Aduh! bahaya betul. Godaan berbelanja lebih kuat bila kita rasa berduit. Kalau tak ada duit saya mula korek RM50, RM100. Cakap dalam hati; "Alah RM50 jer ... RM100 jer. Tak luak pun. Ada lagi tu." Lama kelamaa...