Skip to main content

10 Resepi kejayaan Jack Ma

10 resipi kejayaan Jack Ma

“If you’ve never tried, how will you ever know if there’s any change?”

Ini rahsia Jack Ma yang membuatnya menjadi orang paling kaya di dunia.

1. Biasakan diri anda terhadap kegagalan, kritikan dan rejection.

2. Perlu ada impian dan cita-cita
Ma menjelaskan, kunci kejayaan adalah sentiasa punya angan-angan dan menjaganya agar tidak padam. Satu hari nanti impian itu pasti tercapai.

Impian Ma, Alibaba akan menewaskan Walmart sebagai pemborong terbesar di dunia.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

3. Visi dan Misi merupakan nilai paling berharga
Bila anda yakin idea anda bagus, carilah jalan dengan berusaha untuk jadikannya realiti.

Kata Ma ketika bangunkan Alibaba, dia kerap dilabel bodoh dan gila dengan idea yang mengarut.

“They called me crazy Jack. I think crazy is good. We’re crazy but we’re not stupid.”

4. Cari Sumber Inspirasi
Ma mengakui sering mendapat inspirasi ketika menonton filem. Salah satu filem yang menggilap bakat pidatonya ialah Forrest Gump, lakonan Tom Hanks.

“The hero I had is Forrest Gump”


5. Jangan hirau tanggapan negatif orang lain.
Jack Ma seringkali mengingatkan para pekerjanya, Alibaba ditubuhkan untuk bantu dan mudahkan urusan ramai orang. Bukan mengaut untung semata-mata.

6. Jenama itu sangat penting
Apabila sebut tentang jenama, ia pasti sentuh tentang kualiti, servis dan produk yang baik. Adalah mustahak untuk memiliki feedback dari pelanggan agar tahu apa keadaan semasa situasi syarikat.

7. Fokus, fokus dan fokus!
Kunci kejayaan alibaba adalah Jack Ma selalu mencari cara memudahkan kerja atau perbaharui gaya kerja. Ma lebih gemar berborak tentang cara baru yang perbaiki cara kerja (improvement working process) dari bercakap soal peluang baru dalam perniagaan.

“If there are nine rabbits on the ground, if you want to catch one, just focus on one!”

8. Jangan mengeluh, carilah peluang!
Ketika masalah datang, sesetengah orang akan mengeluh, marah dan putus asa. Orang berjaya pula akan cari jalan perbaiki situasi, cari jalan penyelesaian.

Menurut Ma, untuk capai kejayaan kita harus cari cara pulihkan keadaan menjadi sediakala.

9. Utamakan pelanggan
Jack Ma punya ‘priority’ terhadap pelanggan yang tak boleh dipersoalkan. Pelanggan adalah nombor satu, kedua pekerja dan terakhir adalah pemegang saham.

10. Miliki minat
Jack Ma selalu menasihati pekerjanya dimotivasikan dengan minat. Jika seseorang bekerja sepenuh hati, hasil yang diperoleh datang berlipat kali ganda.

“Remember that your past successes may lead to your failure. However, if you learn a lesson from every failure, the you may ultimately succeed.”


Sedemikian,

"Bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasulnya"

Comments

Popular posts from this blog

Apa perbezaan jongkong emas dengan dinar emas???

Cara Penukaran Introducer di Public Gold

925 SILVER AND GOLD JEWELLERY MALAYSIA