Tapi, dengan peristiwa ini, aku menjadi seorang yang tabah dan sabar menghadapi dugaan dan cubaan dari Tuhan. Mengenagkan peristiwa ini, air mataku semakin deras mengalir. Aku pun menulis di dalam buku diariku yang aku jadikan tempat meluahkan isi hatiku. “ Diariku.. hari ini aku tiba-tiba teringat kisah lalu yang pernah terjadi dalam hidupku. Kisah lama yang sangat memeritkan hati ini, yang menghancurkan jiwa ragaku. Pada usiaku 12 tahun dan pada tahun 2007, disaat itu, aku baru masuk remaja. Pada hari itu, ayahku masuk ke hospital untuk menjalani pembedahan menukar injabnya. Keadaannya sangat merisaukan aku serta ibuku. Aku dan ibu hanya dapat berdoa dan beserah semuanya kepada Tuhan. Di saat itu, aku tidak dapat berfikir apa-apa kecuali keselamatannya.
Jiwaku terasa gelisah, fikiranku terganggu. Aku pun mengambil air sembahyang dan menunaikan solat hajat untuk memohon pada Tuhanku semoga ayahku sihat dan selamat dari pembedahan. Setelah siap menunaikan solat hajat, aku berdiri di depan pintu bilik ayahku di bedahkan untuk menunggu doktor mengatakan ayahku selamat. Semakin lama menunggu, aku semakin berasa gelisah, memikirkan keadaan ayahku, hatiku bagai kaca yang pecah.
Kerana kegelisahan yang aku alami, aku asyik berulang alik di depan pintu dimana ayahku dibedahkan. Setelah 30 minit berlalu, seorang doktor lelaki pun keluar. Aku dan ibuku terus menghampirinya. Sebelum doktor sempat berkata-kata, aku besuara dahulu dan mengatakan “ Doktor, ayah aku selamat sahaja kan? Dia sihat kan? Doktor, jawablah “. Ibuku pun bersuara, ”tenang”. Ibuku pun bertanya dengan doktor yang membedahkan ayahku “ Doktor, macam mana keadaan suami saya? “ Doktor pun menjawab “ sabar ya, saya hanya dapat mengatakan bersedialah dan hanya keajaiban dapat membantu. Perbanyakkan doa untuk suami puan. insyaAllah, suami puan akan selamat”. Ibuku pun bertanya sekali lagi, berapa peratus keadaan suami saya boleh selamat? “ Doktor pun menjawab “ emm.. hanya 30 % dan suami puan sangat kritikal”. Alangkah terkejutnya aku sehingga aku terduduk ke atas lantai dan aku seperti sedang menghadapi sakaratul maut. Tidak sanggup aku bayangkan di saat itu. Ibuku yang juga hancur luluh hatinya masih mampu menguatkan aku, betapa tabahnya ibuku. Ibuku memujukku dan mengatakan “sudahlah, jangan menangis. Ibu yakin, ayah akan sembuh. Berserahlah pada Allah. Doktor bukan Tuhan anakku, Tuhan akan menentukan kematian seseorang”.
Di saat itu, aku hanya dapat berharap pada Tuhan. Bukan hanya hatiku yang hancur tapi, seluruh jiwa ragaku. Setiap detik dan setiap masa, aku hanya dapat beserah pada Tuhanku yang maha mendengar. Sesungguhnya Tuhan yang menentukan semuanya. Aku terus menunggu dan menunggu.
Setelah beberapa jam, Doktor pun keluar dari bilik ayahku dibedahkan buat kali ke-2. Di saat itu, pelbagai pekara yang aku fikirkan. Aku berharap, apa yang aku fikirkan tidak benar. Jantungku yang berdegup dengan kencangnya menunggu keputusan Doktor. Aku dan ibuku terus menghampirinya, Doktor pun mengatakan “syukur pada Tuhanmu, suami kamu selamat”. Pada saat itu, aku berasa sangat bersyukur pada Tuhan kerana masih memberi ayahku peluang untuk menikmati kehidupan di bumi ini yang penuh dengan nikmat. Di saat itu juga, aku merasakan, akulah mahluk Tuhan di muka bumi ini yang paling bahagia. Senyuman dibibir aku dan ibuku mula terukir.
Peristiwa ini mengajar aku, betapa pentingnya seorang ayah dalam hidupku.kadang-kadang aku tertanya juga dengan diriku kenapa ramai orang yang tidak menghargai ibu bapa mereka. Alangkah bahagianya kedua ibu bapa jika, anak-anak menghargai kehadiran mereka di dalam hidup mereka. “ setelah selesai menceritakan mengenai kehidupan aku dulu, aku pun menutup buku diariku dan menyimpankannya ke tempat asalnya.
JADILAH ANAK YG SOLEH DAN SOLEHAH...
ReplyDeleteTeruskan usaha!!! ^_^
emm.. insyaAllah.. mek sntiasa cuba jd ank yg solehah.. ehe.. ok2.. cayok!!
ReplyDeleteso sad....ermm...nang btol pdh ktk ten pntg nya ibu bapa kpd kita....tp blom tntu ayah kta faham kta dan pntgkn dri sndiri mnyebab kn kta sndrik sik suka....
ReplyDeleteemm.. ooo.. cmya sush.. adoh2.. tQ 4cment..
ReplyDelete