Posts

Showing posts from May, 2011

nilai sebuah kasih sayang

Image
          jam tanganku menunjuk jam pukul 9 malam. Tiba-tiba, aku terasa mahu menulis diari setelah sekian lama aku tidak menulis diari . Aku pun mengambil buku diariku yang aku simpankan di dalam almari di bawah pakaian ku. Aku pun membuka buku diariku, dan mengambil sebatang pen hitam yang terletak di atas meja belajarku. Sebelum aku mula menulis, aku memasangkan sebuah lagu Ayah dan Ibu. Entah kenapa aku terasa ingin mendengar lagu ini. Di depan buku diariku, ada gambar kami sekeluarga. Aku melihatnya dengan penuh kasih sayang sehingga air mataku mengalir tanpa di sedari. Tiba-tiba aku teringat kisah lalu yang sangat menyedihkan dalam hidup aku.            Tapi, dengan peristiwa ini, aku menjadi seorang yang tabah dan sabar menghadapi dugaan dan cubaan dari Tuhan. Mengenagkan peristiwa ini, air mataku semakin deras mengalir. Aku pun menulis di dalam buku diariku yang aku jadikan tempat meluahkan isi ...