Cinta Tuhan Pengikat Cinta Manusia
ia adalah makanan jiwa
Penyubur jiwa, penceria muka
Sangat diperlukan oleh setiap hati insan
Setiap orang tidak kira bagaimana kedudukan sangat
berhajat kepadanya
Makanan jiwa lebih diperlukan daripada makanan fizikal
Kerana darinyalah sebahagian daripada sumber
kebahagian manusia
Dari kasih sayang manusia bersaudara
Bertimbang rasa, bermaaf-maafan dan boleh bekerjasama
Suburnya kasih sayang fakir miskin terbela
Perikemanusian wujud, kemesraan sentiasa berbunga
Mudah bertolak ansur di dalam setiap perkara
Dari kasih sayang hasad dengki kurang
Kata-mengata, hina-menghina jarang berlaku
di kalangan manusia
Suburkanlah kasih sayang!
Bermula daripada mencintai Tuhan Pencipta manusia
Cintakan Tuhan adalah anak kunci
Cintakan sesama manusia
Ertinya cintakan Tuhan mengikat hati manusia
sesama mereka
Cinta sesama manusia tidak akan wujud oleh harta
Tidak akan berlaku dengan sebab ilmu atau pangkat
Tidak akan terjadi dengan hanya slogan-slogan
Juga tidak akan berlaku hanya di majlis-majlis makan
Oleh itu siapa sahaja yang ingin memperjuangkan
perpaduan
Perjuangkanlah kasih sayang
Dengan memperjuangkan cintakan Tuhan Khaliqul 'alam
Cintakan Tuhan adalah menjadi pengikat cinta sesama
manusia
Comments
Post a Comment