Cinta Tuhan Pengikat Cinta Manusia
Kasih sayang adalah fitrah semulajadi manusia ia adalah makanan jiwa Penyubur jiwa, penceria muka Sangat diperlukan oleh setiap hati insan Setiap orang tidak kira bagaimana kedudukan sangat berhajat kepadanya Makanan jiwa lebih diperlukan daripada makanan fizikal Kerana darinyalah sebahagian daripada sumber kebahagian manusia Dari kasih sayang manusia bersaudara Bertimbang rasa, bermaaf-maafan dan boleh bekerjasama Suburnya kasih sayang fakir miskin terbela Perikemanusian wujud, kemesraan sentiasa berbunga Mudah bertolak ansur di dalam setiap perkara Dari kasih sayang hasad dengki kurang Kata-mengata, hina-menghina jarang berlaku di kalangan manusia Suburkanlah kasih sayang! Bermula daripada mencintai Tuhan Pencipta manusia Cintakan Tuhan adalah anak kunci Cintakan sesama manusia Ertinya cintakan Tuhan mengikat hati manusia sesama mereka Cinta sesama manusia tidak akan wujud oleh harta Tidak akan berlaku dengan sebab ilmu atau pangkat Tidak akan terjadi dengan hanya...