Posts

Showing posts from July, 2021

Zakat Emas yang anda mesti faham!

Image
ZAKAT EMAS “Anisa, apa syarat zakat emas? Boleh terangkan?” Penerangan Ringkas: Syarat wajib zakat emas yang tidak dipakai (jongkong dan dinar emas) mesti menepati dua perkara dibawah iaitu: 85 gram ke atas. Cukup haul setahun. Selagi mana tak menepati dua syarat wajib ini maka tak dikenakan zakat. Contoh 1: Abu beli 50 gram emas. Genap setahun, kena zakat tak? Jawapan: Tak, kerana kurang dari 85 gram. Contoh 2: Ali beli 100 gram emas. Kurang dari setahun, harga emas naik tinggi. Dia jualkan. Kena zakat tak? Jawapan: Tak, kerana kurang dari setahun. Contoh 3: Bakar beli 1000 gram emas. Genap setahun, kena zakat tak? Jawapan: Wajib bayar zakat kerana menepati kedua-dua syarat wajib. Bakar pergi ke baitulmal dan bayar 2.5% dari nilai semasa 1000 gram emas.   Kesimpulan: Tak perlu pun bawa emas ke baitulmal, cuma bagitau kaunter berapa gram emas dimiliki. Nanti mereka akan kira ikut nilaian baitulmal. Jangan pernah ada terfikir rugi jika bayar zakat. Ingatlah, ...